Month: July 2018

Tadau Kaamatan Harmoni – Kembalikan Identiti Momogun Muslim Sabah

22 Julai 2018 | Kota Kinabalu, Sabah – Tadau Kaamatan adalah pesta menuai yang disambut saban tahun di Sabah. Sambutan ini diraikan bagi memuja semangat padi setelah usai menuai padi dan mendapat hasil. Sambutan ini diabaikan oleh momogun muslim Sabah setelah mereka memeluk agama Islam. Ini kerana pesta tersebut terdapat unsur-unsur yang tidak dibenarkan oleh …

Tadau Kaamatan Harmoni – Kembalikan Identiti Momogun Muslim Sabah Read More »

Cabaran Seorang Mualaf : 20 Tahun Hilang Identiti

22 Julai 2018 : SABAH. “Saya hilang identiti sebagai etnik dusun hampir 20 tahun. Bagi saya masuk Islam seperti masuk melayu. Saya seperti tidak peduli lagi dengan identiti bangsa saya. Namun setelah disedarkan oleh Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah baru saya tersedar bahawa Islam tidak menghalang budaya yang tidak bercanggah dengan syarak”. Begitulah luah hati …

Cabaran Seorang Mualaf : 20 Tahun Hilang Identiti Read More »

Kempen Qurban for Mualaf 2018.

Ibadah korban merupakan syiar Islam yang sangat dituntut di bulan Zulhijjah yang bakal menjelang tiba ini. Apatah lagi jika dilaksanakan untuk mereka yang sangat-sangat memerlukan seperti golongan saudara baru kita. Program Ibadah Korban bersama saudara baru telah dianjurkan saban tahun dengan memberikan tumpuan kepada negeri Sabah dan Sarawak. Alhamdulillah, pada tahun ke-3 penganjuran ini, Hidayah …

Kempen Qurban for Mualaf 2018. Read More »

Tadau Kaamatan Harmoni

Islam tidak semestinya meninggalkan budaya. Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai diraikan oleh pelbagai suku etnik seperti Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Sungai , Idaan, Lundayeh dan banyak lagi suku kaum tempatan di Sabah. Walaupun telah memeluk Islam etnik momogun tetap boleh meraikan Pesta Menuai secara patuh shariah. Pesta Tadau Kaamatan ini juga bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran …

Tadau Kaamatan Harmoni Read More »

Ustaz dan Ustazah Turun ke Lapangan Dakwah Jalanan.

Pada hari Sabtu, 14 Julai 2018 baru-baru ini sekitar jam 4.00 hingga 7.00 petang telah berlangsungnya aktiviti dakwah jalanan “street dakwah” bagi program Daurah Mursyid Dakwah, Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam. . Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Dakwah Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Hidayah Centre Foundation dan Lembaga Zakat Selangor, MAIS. …

Ustaz dan Ustazah Turun ke Lapangan Dakwah Jalanan. Read More »

Daurah Mursyid Dakwah Program Bina Upaya

Pada 13 hingga 15 Julai 2018, telah berlangsungnya program Daurah Mursyid Dakwah, Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam anjuran bersama Gabungan Dakwah Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Hidayah Centre Foundation dan Lembaga Zakat Selangor, MAIS. . Seramai 100 orang peserta terlibat yang terdiri daripada guru pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tiga zon …

Daurah Mursyid Dakwah Program Bina Upaya Read More »

Majlis Sambutan Syawal, Hidayah Centre Foundation bersama saudara baru.

Pada hari Ahad, 8 Julai 2018 baru-baru ini telah diadakan Majlis Sambutan Syawal Hidayah Centre Foundation bersama saudara baru bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya, Taman Melawati. . Majlis ini dihadiri hampir 100 orang saudara baru beserta ahli keluarga mereka. Rata-rata saudara baru melahirkan rasa kesyukuran gembira …

Majlis Sambutan Syawal, Hidayah Centre Foundation bersama saudara baru. Read More »

SAMBUTAN RAYA HARMONI 2018 DIRAIKAN PELBAGAI KAUM.

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah sempurna merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri Harmoni 2018 di perkarangan Restoran Mohd Chan, Taman Melawati semalam. Majlis ini merupakan anjuran bersama Gabungan Dakwah Malaysia (GDM), Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO (ACCIN) dan Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA) dengan kerjasama …

SAMBUTAN RAYA HARMONI 2018 DIRAIKAN PELBAGAI KAUM. Read More »

Scroll to Top