fbpx

Tadau Kaamatan Harmoni

Islam tidak semestinya meninggalkan budaya.

Tadau Kaamatan atau Pesta Menuai diraikan oleh pelbagai suku etnik seperti Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Sungai , Idaan, Lundayeh dan banyak lagi suku kaum tempatan di Sabah. Walaupun telah memeluk Islam etnik momogun tetap boleh meraikan Pesta Menuai secara patuh shariah.

Pesta Tadau Kaamatan ini juga bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah yang Maha Esa diatas kurniaan rezekiNya di dalam keberhasilan penuaian padi dan juga pelbagai usaha yang produktif seperti berladang, berindustri, berniaga dan segala usaha lain sesuai dengan peredaran zaman.

Semoga dengan penganjuran Tadau Kaamatan Momogun Muslim ini dapat membina hubungan harmoni dengan semua etnik dan penganut pelbagai agama di Malaysia amnya dan di Sabah khususnya.
.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top