fbpx

Cabaran Seorang Mualaf : 20 Tahun Hilang Identiti

22 Julai 2018 : SABAH. “Saya hilang identiti sebagai etnik dusun hampir 20 tahun. Bagi saya masuk Islam seperti masuk melayu. Saya seperti tidak peduli lagi dengan identiti bangsa saya. Namun setelah disedarkan oleh Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah baru saya tersedar bahawa Islam tidak menghalang budaya yang tidak bercanggah dengan syarak”. Begitulah luah hati Laura Firanty ketika menyampaikan ucapan aluan dalam program sambutan Tadau Kaamatan di kampung halamannya di Tamparuli Sabah. Beliau telah diamanahkan sebagai pengarah kepada sambutan Tadau Kaamatan di Tamparuli tahun ini yang dianjurkan oleh Persatuan Momogun Muslim Malaysia dengan dokongan utama daripada Hidayah Centre Foundation.

Beliau mula terlibat dalam aktiviti Hidayah Centre Foundation sebagai Rakan Hidayah iaitu nama bagi sukarelawan Hidayah Centre Foundation. Sejak terlibat beliau mula aktif membantu dan akhirnya terlibat sama menjayakan aktiviti Persatuan Momogun Muslim di Sabah. Menurut beliau lagi, hampir 20 tahun beliau tidak memakai pakaian etnik dusun lotud. Sambutan Tadau Kaamatan juga tidak pernah diraikan selepas memeluk Islam. Cuma melihat dan hadir sahaja ke sambutan Tadau Kaamatan yang dijalankan di sekitar tempat beliau di Sabah. Ini kerana menurut kefahaman beliau setelah memeluk Islam beliau masuk Melayu dan tidak boleh lagi meraikan perayaan-perayaan sebelum beliau memeluk Islam. Apatah lagi perayaan yang dijalankan itu terdapat aktiviti-aktiviti yang bercanggah dengan Islam.

.

“Kini saya rasa bangga dengan mempamerkan etnik saya. Saya rasa bangsa memakai pakaian ini . Inilah bangsa saya dusun lotud dan saya seorang muslim”, ujar beliau. Dengan mengekalkan identiti etnik dan turut merayakan perayaan etnik saya, saya dapat membina hubungan yang baik sesama keluarga yang belum Islam. Mereka masih merasakan saya sebahagian daripada mereka walaupun berlainan agama. Ini juga salah satu cara untuk kita menyampaikan mesej Islam kepada keluarga dan rakan karib yang belum Islam bahawa Islam itu tidak memisahkan hubungan kekeluargaan dan kita lebih mudah berkongsi mesej Islam apabila hubungan kita harmoni ujar beliau.

              

Beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Persatuan Momogun Muslim dan Hidayah Centre Foundation cawangan Sabah terutama Hj Nicholas sendiri yang telah menyedarkan beliau tentang hakikat identiti etnik beliau yang perlu dipelihara. Beliau berharap dengan sambutan sebegini akan menwujudkan keharmonian antara pelbagai kaum dan berbilang agama khususnya di Sabah dan dapat mempromosi keindahan Islam kepada yang bukan Islam khususnya dalam kalangan keluarga mereka. – SHM
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#CabaranSeorangMualaf

2 thoughts on “Cabaran Seorang Mualaf : 20 Tahun Hilang Identiti”

  1. Hanya cadangan: Syabas kerana bnyak artikal dan info. Cadangan saya agar pihak admin mewarwarkan aktivity untuk masa hadapan agar dapat sama2 mengikuti program. Kebanyakan info adalah berkisar pada aktivity yang TELAH berlangsung. Rasa terkilan kerana terlepas utk menyertai. Tk.

  2. terima kasih atas cadangana yang bernas. InshaAllah kami akan ambil maklum perkara tersebut. Terima kasih sekali lagi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top