fbpx

Ustaz dan Ustazah Turun ke Lapangan Dakwah Jalanan.

Pada hari Sabtu, 14 Julai 2018 baru-baru ini sekitar jam 4.00 hingga 7.00 petang telah berlangsungnya aktiviti dakwah jalanan “street dakwah” bagi program Daurah Mursyid Dakwah, Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam.
.

Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Dakwah Malaysia, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Hidayah Centre Foundation dan Lembaga Zakat Selangor, MAIS.
.
Seramai 100 orang guru-guru pendidikan Islam dibahagikan kepada 3 kumpulan besar mengikut tempat yang ditetapkan untuk menjalankan aktiviti menyampaikan Islam. Kesemua peserta dibahagikan ke kumpulan-kumpulan kecil untuk menjalankan aktiviti dakwah jalanan sama ada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Bukit Bintang dan Taman Tasik Titiwangsa.

                                     
.
Aktiviti street dakwah kali ini bertemakan Nabi Muhammad. Rata-rata peserta menyatakan rasa teruja dalam masa sama gementar untuk menyertai aktiviti “street dakwah ini”. Ia merupakan pengalaman yang amat berharga buat semua ustaz dan ustazah yang bersama-sama menyampaikan Islam. Aktiviti sebegini diharapkan dapat memperbetulkan salah faham mengenai Islam di kalangan masyarakat di luar sana.
.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top