Hidayah Centre (HC) telah ditubuhkan pada tahun 2005 sebagai satu institusi yang berkhidmat untuk menghubungkan komuniti daripada pelbagai etnik dan agama di Malaysia. Khidmat dan aktiviti HC adalah tertumpu kepada masyarakat berbilang bangsa dan agama, serta mualaf yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam pelbagai aspek.
Pada 29 Februari 2012, The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered atau lebih dikenali sebagai Hidayah Centre Foundation, telah diperbadankan secara rasmi di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan nombor pendaftaran PPAB-14/2012.