fbpx

Daftar Pengislaman

Penerangan Ringkas Pengislaman di Hidayah Centre

  1. Hidayah Centre Foundation telah diberi kebenaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai sebuah pusat pengislaman. Sebarang keraguan dan kemusykilan berkaitan urusan pengislaman, anda boleh berhubung dengan kami atau datang terus ke pejabat kami untuk mendapatkan nasihat dan konsultasi.

Buka (Isnin – Khamis): 9.30 pagi – 1.00 tengahari ; 2.00 petang – 5.30 petang

Buka (Jumaat): 9.30 pagi – 12.30 tengahari ; 3.00 petang – 5.30 petang

Alamat: Lot 300.3, Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

No. Telefon: 03-41089669

  1. Prosuder pengislaman yang diguna pakai oleh Hidayah Centre adalah tertakluk kepada prosuder pengislaman di negeri-negeri. Hidayah Centre Foundation (Pusat) akan mendaftarkan pengislaman mengikut undang-undang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mereka yang menetap atau bekerja di Selangor dan Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) bagi mereka yang menetap di Kuala Lumpur.
  2. Untuk mereka yang tinggal di negeri-negeri lain, cawangan Hidayah Centre di setiap negeri akan membantu mendaftarkan pengislaman mengikut undang-undang negeri tersebut.
  3. Warga asing juga boleh boleh membuat pengislaman di Hidayah Centre. Pendaftaran pengislaman akan dibuat di jabatan agama mengikut di mana negeri warga asing itu tinggal sama ada menetap secara sementara atau bermastautin.

Prosuder Lengkap Pendaftaran Pengislaman Melalui Hidayah Centre Foundation

  1. Pemohon hendaklah hadir ke pejabat Hidayah Centre Foundation di Taman Melawati dengan membawa bersama-sama:
  • 2 orang saksi:

Saksi mestilah lelaki, Beragama Islam, Warganegara Malaysia, Berumur 18 tahun ke atas

(jika tiada saksi, Hidayah Centre akan membantu untuk mendapatkan saksi)

  • 4 keping gambar berukuran passport
  • Kad pengenalan asal pemohon beserta salinan
  • Kad pengenalan asal 2 orang saksi beserta salinan
  • Passport asal beserta visa/dokumen perjalanan yang masih sah (bukan warganegara Malaysia)
  1. Jika pemohon tinggal atau bekerja di Selangor, pendaftaran akan dibuat dengan menggunakan borang MAIS. Jika pemohon tinggal di Kuala Lumpur pula, pendaftaran akan dibuat dengan menggunakan borang JAWI.
  2. Mendengar penerangan Islam daripada pegawai.
  3. Mengucap dua kalimah syahadah.
  4. Mengisi dan melengkapkan borang pengislaman.

Pendaftaran menggunakan borang MAIS:

  • Borang akan dihantar oleh wakil Hidayah Centre ke MAIS Klang.
  • MAIS akan mengeluarkan surat pengislaman.
  • Surat pengislaman boleh diambil sendiri di MAIS Klang atau melalui Hidayah Centre.
  • Menghadiri Kursus Asas Muallaf anjuran MAIS.
  • Kad Islam akan diberikan setelah menghadiri kursus.

Pendaftaran menggunakan Borang JAWI:

  • Muallaf bersama-sama saksi dan wakil Hidayah Centre perlu hadir ke JAWI, KL pada suatu tarikh yang lain.
  • Mengisi borang-borang berkaitan di JAWI dan kad akan terus diberikan.
  • Menghadiri Kursus Muallaf anjuran JAWI.

*Pengislaman di negeri-negeri lain akan diuruskan oleh wakil/cawangan Hidayah Centre di negeri tersebut.

Scroll to Top