fbpx

Rakan Hidayah

SUKARELAWAN HCF

Kenapa Sertai Rakan Hidayah?

Rakan Hidayah merupakan satu komuniti sukarelawan yang bernaung di bawah Hidayah Centre Foundation, sebuah pusat sokongan saudara baharu dan dakwah kepada masyarakat majmuk. Peranan utama Rakan Hidayah ialah membantu pelaksanaan projek-projek anjuran Hidayah Centre Foundation. Selain daripada bertindak sebagai penyelaras kepada semua aktiviti dan gerak kerja sukarelawan, Rakan Hidayah juga melaksanakan program sesama sukarelawan bagi memupuk persefahaman dan ukhwah yang berkekalan.

Rakan Hidayah sentiasa mengalu-alukan seluruh lapisan masyarakat untuk menyertai komuniti sebagai ahli dan sukarelawan. Mari gembleng tenaga bersama kami, kita berganding bahu menjayakan misi “Sampaikan Islam, Santuni Mualaf”!

Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama mana hambanya itu menolong saudaranya.

Scroll to Top