Pada hari Ahad, 8 Julai 2018 baru-baru ini telah diadakan Majlis Sambutan Syawal Hidayah Centre Foundation bersama saudara baru bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari di Pusat Komuniti IKRAM Ampang Jaya, Taman Melawati.
.
Majlis ini dihadiri hampir 100 orang saudara baru beserta ahli keluarga mereka. Rata-rata saudara baru melahirkan rasa kesyukuran gembira kerana dapat meraikan bulan Syawal ini bersama-sama. Pelbagai aktiviti diadakan termasuklah kuiz, penyampaian hadiah,perkongsian dan jamuan makan.
.
Majlis juga turut diserikan dengan kehadiran oleh Y.B Tuan Haji Shaari bin Sungip, ADUN Hulu Kelang yang berkesempatan menyampaikan kata-kata aluan buat semua tetamu yang hadir.
.
Semoga majlis seumpama ini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang bagi memberi sokongan berterusan kepada semua saudara baru dan agar saudara baru tidak merasa tersisih kerana dapat bersama meraikan bulan Syawal yang mulia ini.
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf