fbpx

Tadau Kaamatan Harmoni – Kembalikan Identiti Momogun Muslim Sabah

22 Julai 2018 | Kota Kinabalu, Sabah – Tadau Kaamatan adalah pesta menuai yang disambut saban tahun di Sabah. Sambutan ini diraikan bagi memuja semangat padi setelah usai menuai padi dan mendapat hasil. Sambutan ini diabaikan oleh momogun muslim Sabah setelah mereka memeluk agama Islam. Ini kerana pesta tersebut terdapat unsur-unsur yang tidak dibenarkan oleh Islam seperti memuja semangat padi, pertandingan ratu cantik dan juga meraikan pesta dengan minum minuman yang tidak halal.

Setelah sekian lama keraian pesta menuai ini hampir sirna dalam budaya momogun yang telah memeluk agama Islam. Namun keraian ini kembali kepangkuan etnik Sabah hatta mereka telah memeluk Islam. Atas usaha Hidayah Centre Foundation dan Persatuan Momogun Muslim yang diterajui oleh Hj Nicholas Sylvester Tadau Kaamatan telah diraikan sejak beberapa tahun yang lepas. Mulai tahun 2017 pesta ini disambut secara meriah dan melibatkan banyak daerah di Sabah.Tahun lepas 5 daerah dan diakhiri di Peringkat Negeri di Kundasang. Pada tahun ini 11 daerah dan diakhiri dengan peringkat Negeri pada hari ini di Masjid Bandaraya, Kota Kinabali Sabah.

                  

“Saya telah hilang identiti etnik saya sebagai dusun lotud selama hampir 20 tahun” ucap Laura Firanti, Pengarah Pesta Tadau Kaamatan Harmoni di Tamparuli ketika merasmi majlis tersebut. Menurut beliau Hj Nicholas antara insan yang telah mengingatkan beliau kembali akan kepentingan mengekalkan budaya momogun walaupun telah memeluk Islam. Menurut beliau lagi inilah pertama kali beliau memakai pakaian etnik beliau setelah memakainya pada kali terakhir ketika berusia 18 tahun. Beliau sangat terharu dan meminta pengunjung yang hadir agar terus merasa bangga dengan identiti bangsa merek kerana Islam meminta seseorang mengubah identiti bangsa mereka apabila memeluk Islam.

“Kita merayakan Pesta Kaamatan kerana bersyukur kepada tuhan akan nikmat yang telah diberikan kepada kita. Kita juga tidak mencemari syukur kita dengan perkara-perkata yang tidak baik. Dengan adanya Pesta Tadau Kaamatan Harmoni ini di samping kita dapat mengekalkan identiti bangsa kita, kita juga dapat kenal mengenal antara satu sama lain dalam kalangan etnik di Sabah. Ia juga akan memupuk keharmonian antara yang Islam dan bukan Islam dalam satu keluarga mahupun dalam masyarakat. Ini sesuai dengan anjuran tuhan dalam Al quran surah al Hujurat ayat 13” ujar Hj Nicholas.

      

“Kita perlu kenal identiti kita yang sebenar kerana ia tidak bertentangan dengan Islam. Apabila kita kenal identiti bangsa kita, kita tidak buang bangsa kita dan kita tidak buang ibu bapa kita” ujar Hj Nicholas pada majlis perasmian Tadau Kaamatan di Papar dan Tamparuli di Sabah semalam. – SHM

    

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf

#TadauKaamatan

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1531678973603974&id=104503762988176

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top