fbpx

Kursus Pemantapan Solat – Papar

Pada 20 Ogos yang lepas, Kursus Pemantapan Solat Saudara Baru anjuran HCP dengan kerjasama JHEAINS Papar telah dijalankan dengan baiknya. Seramai 51 orang peserta yang terdiri daripada saudara baru telah menghadiri kursus tersebut. Walaupun kursus tersebut hanya berjalan sehingga jam 1 petang, namun masa tersebut telah dimanfaatkan dengan pengisian yang sangat informatif serta menghiburkan oleh Ustazah Noor Fathiyah binti Shahrin (JHEAINS Papar).

Kursus ini dibahagi kepada 2 slot iaitu slot pertama berbentuk ceramah seterusnya slot kedua iaitu praktikal solat. Slot kedua telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang mana peserta lelaki telah dibimbing oleh Tuan Haji Marsus Jabar selaku Penasihat HCS dan peserta wanita telah dibimbing oleh Ustazah Noor fathiyah.

Sesi soal jawab juga dibuka untuk para peserta melontarkan kekeliruan mereka mengenai solat. Rata-rata peserta berpuas hati dengan penganjuran kursus kali ini kerana lebih realistik dan mudah untuk mereka praktikan terutama kepada yang baru sahaja memeluk agama Islam sesuai dengan objektif kursus ini iaitu :

1. Memberi kefahaman ilmu-ilmu asas fardhu ain khususnya kepada muallaf
2. Memberi kefahaman dan praktikal solat kepada muallaf
3. Menerangkan salahfaham dalam solat

Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Haji Marsus Jabar seterusnya penyampaian cenderahati kepada penceramah dan sijil serta sumbangan berupa telekung/kain dan sejadah kepada setiap peserta.

Berdasarkan kejayaan kursus kali ini, HCP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan semoga program seterusnya bakal mendapat sambutan dan kejayaan yang sama.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.1610991238962551.1073742085.326759374052417&type=3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top