fbpx

Mosque Open Day sempena Hari Raya Eidulfitri.

Pada hari Ahad 8 Julai 2018 yang lepas, telah diadakan Mosque Open Day sempena Hari Raya Eidulfitri anjuran Masjid Seksyen 7, Shah Alam dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation.
.

Majlis dimeriahkan dengan kehadiran lebih 1000 orang tetamu ke Masjid Seksyen 7 Shah Alam ke majlis yang bermula jam 2.30 petang itu. Lebih kurang 26 orang tetamu bukan Islam juga tidak melepaskan peluang untuk hadir ke majlis ini dan mengikuti program jelajah masjid, “masjid tour”. Sukarelawan Rakan Hidayah dari Hidayah Centre Foundation berpeluang membimbing dan memberi penerangan kepada tetamu bukan Islam sepanjang jelajah masjid mengenai teori dan praktikal, solat, al-quran dan asas-asas Islam.
.
Rata-rata tetamu bukan Islam yang hadir menyatakan rasa keterujaan dapat berpeluang masuk ke dalam masjid. Inilah pengalaman pertama kali mereka dapat masuk ke masjid. Salah seorang tetamu yang ditemui iaitu Puan Sharon Lee berasa sangat gembira mendapat peluang untuk masuk ke dalam masjid bersama ahli keluarganya yang lain. Beliau juga berkesempatan menyaksikan solat jemaah Asar pada petang itu. Beliau beranggapan, jelalah masjid ini sangat bagus kerana dapat memperbetulkan salah faham yang timbul mengenai agama Islam dan beliau dapat banyak lagi pengetahuan mengenai agama Islam.
.
Antara tetamu bukan Islam yang turut hadir adalah wakil dari persatuan Buddhist Misionary Society Malaysia (BMSM). Mereka juga turut merasa gembira kerana dapat bersama-sama menyambut perayaan bersama masyarakat Islam di Malaysia.

.
Semoga usaha yang dilakukan ini dapat merapatkan jurang perbezaan antara masyarakat pelbagai latarbelakang agama dan kaum di Malaysia. Semoga penerangan mengenai Islam yang disampaikan dapat memperbetulkan salah faham dan menambahkan rasa hormat-menghormati sesama masyarakat berbilang bangsa di Malaysia ini.
.
#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#MosqueTour

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top