Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) adalah program terbesar yang dianjurkan oleh HCF pada setiap tahun. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meraikan saudara baru serta keluarga mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan. Objektif lain dalam penganjuran majlis ini adalah untuk membuka ruang kepada masyarakat luar bagi mendekati, menyantuni serta memahami kondisi sebagai saudara baru.
Majlis ini juga secara tidak langsung memberi kesan serta pengalaman berharga kepada saudara baru kerana mereka berpeluang berkumpul dan berkongsi ilmu pengetahuan dengan saudara baru yang lain daripada pelbagai bangsa dan kaum.