HCF Komitmen Mendidik Mualaf Menerusi Kelas Bimbingan

KOTA MARUDU — Hidayah Centre Foundation (HCF) Kota Marudu meneruskan usaha memperkasakan saudara baharu menerusi penganjuran Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) yang diadakan secara berkala di Kg Tanjung Batu Darat.

Dalam sesi pengajian yang dibimbing oleh sukarelawan Rakan Hidayah tersebut, seramai empat orang peserta mualaf telah hadir bagi memantapkan asas bacaan Iqra’ serta memahami ilmu Fiqh Ibadah. Program bimbingan mingguan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berasas dan berterusan kepada golongan mualaf agar dapat mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan harian dengan lebih berkeyakinan.

Pihak HCF Kota Marudu berharap agar para peserta khususnya di Kg Tanjung Batu Darat sentiasa dikurniakan kecekalan dan istiqamah dalam menuntut ilmu, seterusnya membina jiwa yang bertaqwa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top