PULAU PINANG — Pejabat Hidayah Centre Foundation Pulau Pinang (HCFPP) telah menerima pendaftaran pengucapan Kalimah Syahadah daripada seorang saudara baharu dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di pejabat cawangan berkenaan.
Penyertaan beliau bermula daripada minat mendalam untuk memahami keindahan ajaran Islam secara teliti menerusi pencarian kelas bimbingan khas. Setelah menjalani beberapa sesi pengajian dan perbincangan interaktif menerusi Kelas Non-Muslim yang dikendalikan oleh para petugas HCFPP, beliau secara sukarela menyatakan kesediaan untuk memeluk agama Islam.
Seluruh warga HCFPP mendoakan agar perjalanan kehidupan beliau sebagai seorang Muslim sentiasa dipermudahkan, diberkati, serta dikurniakan ketetapan iman oleh Allah SWT.





