KULIM — Hidayah Centre Foundation (HCF) bersama sukarelawan Rakan Hidayah telah berjaya menganjurkan program Jaulah Sedim 2026 Kali Ke-4 yang berlangsung dengan penuh meriah di Kebun Buah Sedim, Kulim.
Program santai yang melibatkan penyertaan golongan mualaf, ahli Rakan Hidayah, serta warga kerja HCF ini diisi dengan pelbagai aktiviti pengeratan ukhuwah seperti permainan sukaneka, aktiviti rekreasi sungai, majlis makan BBQ dan durian, di samping pengisian tazkirah bagi membangkitkan jiwa dan iman.









Penganjuran program ini bertujuan memberi ruang kepada saudara baharu merasai kasih sayang serta sokongan dalam suasana keluarga Islam, di samping menjadi medium pemantapan semangat buat para sukarelawan untuk terus berkhidmat dalam medan dakwah. Pihak pengurusan berharap ikatan silaturahim yang terjalin dapat terus dikukuhkan demi kelancaran perjalanan dakwah pada masa hadapan.





