fbpx

Program Pemerkasaan Mualaf 2022

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pemerkasaan Mualaf Sabah (PPMS) 2022 di Tun Sarakan Ballroom Raia Hotel Kota Kinabalu, Sabah. . HCF Sabah merupakan salah sebuah agensi yang telah bekerjasama dengan Gabungan Dakwah Malaysia bagi menjayakan program ini.

Seramai 100 peserta mengambil bahagian untuk mendengar serta menimba ilmu dari pelbagai agensi ternama iaitu Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Korporasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (KO-NELAYAN), Amanah Ikhtiar(AIM), Lembaga Tabung Haji (TH), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan juga slot Motivasi.

Tujuan utama Program ini adalah Memberi pendedahan kepada mereka tentang bantuan pinjaman dan kemahiran yang boleh diperolehi daripada agensi-agensi yang berkaitan keusahawanan dan memberi motivasi kepada mualaf untuk berdikari dan menjana pendapatan keluarga. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top