fbpx

QURBAN FOR MUALLAF KG. TOGIS & PERANCANGAN 2020

Alhamdulillah pada 1 Ogos 2020, masa 9.00 pagi hingga 2.00 petang Hidayah Centre Foundation Cawangan Bundu Tuhan (HCBT) telah melaksanakan ibadah ‘Qurban For Mualaf’ di Kg. Togis yang menggabungkan Kg. Perancangan

____________________________________________

Majlis ini dihadiri oleh masyarakat kampung. Penduduk kampung yang hadir sangat teruja dan rasa gembira kerana dapat melaksanakan sendiri aktiviti qurban. Alhamdulillah seramai 26 orang & keluarga menerima agihan daging Qurban.

____________________________________________

HCBT dan warga kampung ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang budiman kerana sudi menyumbangkan lembu qurban kepada kami.

____________________________________________

Firman Allah SWT yang bermaksud “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” Surah Al-Haj 22:37

Semoga amal ibadah ini diterima oleh Allah swt dan memberi kegembiraan kepada semua saudara baru.
Jom teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Sabah

#Qurban4Mualaf
#SampaikanIslamSantuniMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top