fbpx

Dakwah Table di Taman Tasik Metropolitan

Kepong – Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan Aktiviti Meja Dakwah (Dakwah Table) di Taman Tasik Metropolitan, Kepong pada hari Ahad, 22 September 2019. Aktiviti ini diadakan bertujuan berkongsi keindahan Islam kepada masyarakat bukan Islam. Disamping memberi ruang kepada masyarakat bukan Islam secara khususnya dan kepada masyarakat muslim bertanya, mendapatkan info juga merungkai salahfaham yang mungkin wujud mengenai agama Islam.

Aktiviti Meja Dakwah ini mendapat respon positif dari masyarakat bukan Islam yang telah dihadiahkan dengan bahan bacaan mengenai Islam. Aktiviti ini merupakan julung kalinya diadakan dan telah disertai oleh 3 orang sukarelawan daie Rakan Hidayah bagi membantu menyantuni. Aktiviti ini bermula jam 4 petang sehingga 7 malam dan akan diadakan secara berkala pada setiap minggu kedua setiap bulan. In Shaa Allah.

Sampaikan Islam, Santuni Mualaf
#HidayahCentreFoundation

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top