fbpx

Berkongsi Rezeki Qurban4Mualaf di Perak

Hidayah Centre Foundation Perak berjaya melaksanakan program Qurban4Mualaf bagi tahun 2019. Dua ekor lembu ‘ditumbangkan’ di dua tempat berbeza. Dua tempat yang dimaksudkan ialah di perkampungan orang asli Langkor, Sg Siput dan di Batu 6, Tapah.

Hidayah Centre tidak bersendirian di dalam melaksanakan program ini. Aktiviti korban di perkampungan orang asli Langkor, HCF telah bekerjasama dengan 2 agensi bukan kerajaan di dalam melaksanakan ibdah korban ini, iaitu Volunteers KL dan wakil dari Rumah Singgah Kita.

Manakala di Tapah pula, HCF telah bekerjasama dengan Pertubuhan IKRAM Malaysia negeri Perak, kawasan Batang Padang dan Pejabat Agama Daerah bagi menganjurkan ibdah korban ini.

Program Qurban4Mualaf di dua tempat ini berlangsung pada tarikh yang berlainan. Di Langkor, program diadakan pada 12 Ogos. Manakala di Tapah pada 13 Ogos

Daging-daging korban telah diagihkan kepada masyarakat kampung orang asli, mualaf dan asnaf di kawasan terlibat program Qurban4Mualaf pada tahun ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top