fbpx

Seramai 70 Orang Sukarelawan Bersatu Membantu Mangsa Banjir di Pahang

Hari : Rabu
Tarikh : 28 Disember 2021
Masa : 8.30 pagi – 6 petang
Lokasi : Bera, Pahang

Seramai 70 orang sukarelawan yang terdiri daripada sukarelawan Hidayah Centre Foundation Perlis, Skuad Antidadah Negeri Perlis, Ikram Perlis, Skuad Sayang Bera dan Sukarelawan Parlimen Bera dalam misi bantuan kali ini.

Program dimulakan dengan Taklimat program oleh Ketua AADK Daerah Bera dan ucapan balas daripada Pengerusi Skuad Antidadah AADK Negeri Perlis dan Daerah Bera serta turut diadakan majlis penyerahan sumbangan bantuan daripada rakan pintar dan strategik AADK Negeri Perlis kepada Pejabat Parlimen Bera yang diwakili YH Dato’ Sabariah Saidan, Pegawai Khas Ahli Parlimen Bera dan Encik Khaizulnizam Ahmad Zuldin, Setiausaha Politik Perdana Menteri. Turut bersama dalam program ini ialah Tuan Hadith Kamaruddin, Wakil Pengarah AADK Negeri Pahang.

Para Sukarelawan membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Durian Tawar, Sekolah Kebangsaan Bukit Rok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkarak Bera.

Terima kasih Pejabat Parlimen Bera, Pengetua SMK Mengkarak, Guru Besar SK Bukit Rok, Besar Durian Tawar, Pengerusi JKPD Daerah Bera Pengerusi Skuad Antidadah Daerah Bera yang telah menyumbangkan makan minum kepada sukarelawan sepanjang program ini.

Semoga dengan pelaksanaan program ini para sukarelawan dapat mempelajari berkaitan kehidupan, kematian dan keinsafan.

“Buat sahabat yg sedang membantu… Kalian wira tanpa paksa… Rela atas dasar kemanusiaan seorang manusia… Doa kami sentiasa bersama… Selamat pergi selamat kembali…”

Hidayah Centre Foundation Perlis
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top