Daurah Mursyid Dakwah Zon Utara 2018.

Gabungan Dakwah Malaysia dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation telah menganjurkan Daurah Mursyid Dakwah kepada 100 orang Guru Pendidikan Islam di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi zon utara (Perlis, Penang dan Kedah) di Kompleks Tabung Haji, Pulau Pinang.

Salah satu slot pengisian oleh salah seorang Penolong Pengurus Hidayah Centre Foundation, En. Wan Muhammad

Program ini menekankan kewajipan berdakwah dikalangan masyarakat majmuk. Di samping pengisian secara teori, para guru juga turun padang ke lapangan dakwah di sekitar Pulau Pinang untuk menyampaikan risalah Islam dalam aktiviti street dakwah.


Dalam kehangatan isu pengedaran bible di sekitar Pulau Pinang, mengapa tidak kita yang turun untuk menyampaikan Islam?

Dakwah bukanlah kerja ustaz dan ustazah semata,ia menjadi tanggungjawab semua ummat Islam.

Slot Street Dakwah yang dijalankan di sekitar Pulau Pinang


Ingatlah pesanan Nabi Muhammad saw yang kita cintai “sampaikanlah dariku walau sepotong ayat” [HR Bukhari]
.
Jom, jadi ejen syurga!

#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#DaurahMursyid
#StreetDakwah
#StreetDakwahPenang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *