fbpx

Qurban for Mualaf 2018; Program Jejak Hidayah Ibadah Korban. .

Hari Pertama (Selasa, 21 Ogos 2018)
Seawal jam 4.00pagi lagi, sebahagian peserta telah bangkit awal dari tidur menuju ke pasar untuk membeli belah barang keperluan untuk dibawa ke Perkampungan Orang Asli (OA) Kampung. Sop, Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang. Tepat jam 5.00 pagi, kesemua 7 orang peserta termasuk Pengurus Besar Hidayah Centre Foundation Tuan Haji Abdul Rahman berkumpul di perkarangan pejabat sebelum memulakan perjalanan. Selepas semua peserta berkumpul, perjalanan dimulakan sehingga ke stesen minyak Petronas Sungai Tua untuk bergabung pula dengan pasukan Da’i Forest Challenge. 
.

2 EKOR LEMBU UNTUK IBADAH QURBAN FOR MUALAF


Perjalanan seterusnya diketuai oleh Pak Tam yang merupakan pendakwah bebas Da’i Forest Challenge. Dengan menaiki 4buah kenderaan berpacuan empat roda (4WD), kami menempuh perjalanan lebih 3jam penuh berliku, pecah dan berlecak sebelum sampai ke destinasi. Kami juga membawa bersama 2 ekor lambu yang bakal dikorbankan pada Hari Raya Aidil Adha. Setibanya di sana pada kira-kira jam 4.30 petang, kami terus meyediakan makan malam dan bersolat jemaah. Usai makan malam, kami bertaaruf dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pak Tam .Kami bakal melaksanakan korban di Kampung Sop pada Hari Raya Aidiladha di samping usaha menyampaikan Islam serta menyantuni para mualaf di sana.
.

Hari Kedua (Rabu,22 Ogos 2018) 
Hari Raya Korban!
Kami bangun, mandi, solat Subuh, memasak sarapan dan terus menuju ke Surau Kampung Sop yang jaraknya kira-kira 400 meter dari homestay kami. Kami juga mengajak orang-orang kampung untuk turut serta dalam melaksanakan solat sunat hari raya. Takbir bergema kedengaran di surau tersebut buat kali pertamanya dan dimeriahkan dengan kehadiran penduduk tempatan. Kesempatan ini dapatlah kami gunakan untuk bertegur sapa dan saling berkenalan bersama penduduk. Memandangkan Raya Korban tidak pernah lagi djalankan di kampung ini maka, kami mengambil peluang ini bagi menyuburkan rasa keghairahan mereka terhadap Islam dengan gemaan takbir, solat dan pelbagai aktiviti lain. 
.
Setelah selesai solat Hari Raya Aidil Adha, program diteruskan dengan upacara penyembelihan 2 ekor lembu korban. Lembu tersebut adalah merupakan sebahagian dari Kempen “Qurban For Mualaf” yang dianjurkan oleh Hidayah Centre Foundation. Hujan mula turun dengan lebatnya semasa proses melapah daging lembu dijalankan. Proses melapah dan memotong daging lembu tetap diteruskan sehingga selesai. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan persiapan bahan-bahan untuk memasak. Kami dapat pengalaman baru menyediakan masakan untuk kira-kira 400 orang penduduk kampung tersebut. Kenduri besar diadakan penuh meriah pada hari tersebut.
.


Setelah jamuan makan selesai, daging korban diagihkan kepada mualaf juga penduduk kampung tersebut. Selain itu, penduduk kampung juga diberikan pakaian percuma. Mereka dibenarkan mengambil apa sahaja pakaian yang mereka mahu. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengenakan tudung kepada para wanita dan kanak-kanak perempuan sekaligus menggayakan mereka dengan pelbagai fesyen tudung bagi menarik minat mereka memakai tudung.
.
Malam pun menjelma. Selain makan malam, kami juga disajikan dengan persembahan‘sewang’; tarian orang asli berlatarkan rentak muzik buluh. Sungguhpun sepanjang hari keletihan memerah tenaga dan keringat, kami tidur diiringi senyuman tanpa menyedari inilah malam terakhir kami di Kampung Sop.
.

PERSEMBAHAN SEWANG


Hari Ketiga (Khamis, 23 Ogos 2018)
Sudah tiba masanya untuk kami meminta diri, sungguh sayu rasa di hati kami. Dalam perjalanan keluar dari kampung Sop, kami sempat singgah kampung lain di kawasan perdalaman tersebut. Semasa berziarah di sebuah kampung ini,kami dikhabarkan ada seorang penduduk perempuan mahu memeluk Islam. Pak Tam dan Tuan Hj Abdul Rahman telah memberi sedikit penerangan tentang pengesahan dokumen dan sebagainya. Alhamdulillah, beliau telah melafazkan syahadah di hadapan kami. Alhamdulillah, mudah-mudahan Allah memberikan ketenangan dalam kehidupannya setelah kembali kepada agama fitrah Islam, Amin.
.


Ini adalah pengalaman yang sangat bermakna buat seluruh warga Hidayah Centre Foundation dengan memberi satu kesedaran bahawa kami perlu berdakwah kepada semua manusia, tidak kira peringkat umur, atau berbilang kaum. Hal ini disebabkan kita percaya bahawa Islam itu adalah cara hidup semua dan tiada siapapun sepatutnya dihalang atau terhalang untuk mengetahui tentang Islam. Moga Allah berkati redhai usaha kecil ini. 
.


#HidayahCentreFoundation
#SampaikanIslamSantuniMualaf
#QurbanForMualaf

https://www.facebook.com/hidayahcentrefoundation/posts/1589530761152128?tn=K-R


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top