Mualaf Aid

Lebih 1000 Keluarga Mualaf telah diziarahi dalam aktiviti yang dianjurkan HCF. Aktiviti ini digerakkan oleh para sukarelawan Hidayah Centre Foundation di seluruh Malaysia supaya dapat membina hubungan ukhuwwah dengan saudara baru. Setiap saudara baru yang diziarahi akan menerima sekotak ‘Mualaf Aid’ sebagai hadiah dan bantuan untuk keperluan harian mereka.