πππ£π πππ€π°ππ‘
Pagi ini, Hidayah Centre Foundation (HCF) Perak hadir ke Ipoh Low Carbon Day di Dataran MBI menerusi inisiatif Meja Dakwah.
Dalam suasana santai dan mesra, HCF Perak mengambil kesempatan untuk berkongsi keindahan Islam, membina jambatan kefahaman serta menyantuni masyarakat majmuk yang hadir.



Pada masa yang sama, HCF Perak turut memperkenalkan Rakan Hidayah, iaitu ruang kesukarelawanan bagi mereka yang ingin bersama-sama menyumbang dalam usaha dakwah dan pemerkasaan mualaf.
Kerana dakwah bukan sekadar menyampaikan, tetapi juga mendekati, memahami dan membina hubungan dengan penuh hikmah.
Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf.





