ππππππ ππππππππ ππ-πππππ : πππππππ & πππππππππππ
HCF KOTA KINABALU | 23.03.2025 | KG.KEBAYAU TELIPOK
PELAKSANA : RAKAN HIDAYAH HCF KOTA KINABALU
KERJASAMA :
1. HCF KOTA KINABALU
2. AJKT KDMRS Muslim KK
3. Gabungan Dakwah Malaysia
4. SURAU AR RAHMAN KG.KEBAYAU
5. YADIM
Alhamdulillah
Sempena bulan ramadan yang penuh keberkatan, RH HCKK telah melaksanakan suatu usaha berkongsi kebaikan kepada masyarakat berbilang agama. Sesuai dengan sejarah Al-Quran yang diturunkan pada bulan ramadan. Ayat daripada surah Al-Baqarah ayat 183 telah dikongsi. “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”






Turut dikongsi antara hikmah berpuasa adalah selain daripada ibadah, ia sangat baik untuk kesihatan. Bulan ramadan juga bulan penuh keberkatan dan bulan istimewa kerana setiap kebaikan digandakan pahala dan oleh itu aktiviti hari ini Rakan Hidayah HCKK turut bergotong-royong menyediakan ‘Bubur Caca’ yang diagihkan kepada penduduk Kg.Kebayau dan tidak dilupakan penduduk bukan Islam.
Bubur caca dan bakul makanan telah dihantar terus ke rumah 7 keluarga bukan Islam sebagai tanda kasih sayang dan kesyukuran penyumbang atas rezeki yang Allah kurniakan.