Meja dakwah dan Perkongsian Islam di Masjid Selat Melaka.
Jumaat l 24 Januari 2025
HCF Melaka bersama sukarelawan Rakan Hidayah & Mosque Tour Guide Masjid Selat menjalankan aktiviti meja dakwah dan berkongsi mesej Islam kepada pelancong & pengunjung lokal yang hadir.
Pengertian azan, proses Nabi Muhammad SAW menerima wahyu sehingga penyusunan mushaf & penjelasan surah al-Ikhlas antara topik yang menjadi perbincangan.



Turut diedarkan, naskhah Quran terjemahan & ringkasan pemahaman Islam kepada non-muslim. Jom, sertai kami dalam usaha dakwah dan perkongsian Islam.
Kami juga mengalu-alukan penyertaan anda dalam sebarang aktiviti, atau sebarang sumbangan untuk tujuan dakwah & pemerkasaan mualaf. Sebarang persoalan boleh berhubung terus dengan kami di talian 6018 9094971 ( untuk whatsapp: www.wasap.my/+60189094971)