KURSUS USAHAWAN MUALAF
1 September 2024, PEJABAT HCF KOTA KINABALU
Alhamdulillah seramai 19 orang mualaf telah hadir ke Kursus Usahawan Mualaf anjuran Hidayah Centre Foundation Sabah.
4 slot telah disampaikan iaitu :
Puan Bibi Akhtar
1. Pengurusan Kewangan
2. Muamalah Dengan Allah
Tuan Sarianshah Shamsudin
1. Pemasaran Digital : Mendaftarkan Perniagaan Dalam Google
Brother Sazrie Saimin
1. Asas Penggunaan Aplikasi Canva Dan CapCut
Hampir kesemua peserta adalah mualaf yang telah mendapat bantuan perniagaan daripada pelbagai agensi atau NGO yang telah memberi amanah kepada HCF untuk memperkasa ekonomi mualaf.
Semoga dengan pengisian kursus ini dapat diamalkan dalam perniagaan dan kehidupan seterusnya berjaya dunia akhirat.


