fbpx

Sinar Kegembiraan Buat Usahawan Mualaf

SINAR KEGEMBIRAAN

HCF Bundu Tuhan |16 Mei 2024

Alhamdulillah.HCF Bundu Tuhan baru baru ini telah menyantuni sdra Roslee Jaulin Abdullah dan membawa beliau untuk membeli sebuah freezer utk kegunaan perniagaan beliau.

Sdra Roslee merupakan seorang mualaf yang membuat perniagaan jualan ice cream bergerak. Beliau menggunakan motorsikal untuk menjual ice cream kon di kawasan Lohan dan sekitarnya, dan freezer ini akan digunakan untuk menambah stok ice cream yang sedia ada. Semoga dengan bertambahnya stok beliau dapat merancakkan lagi aktiviti jualannya, seterusnya membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi mereka sekeluarga .

Terpancar sinar kegembiraan di mata mereka terutamanya isteri beliau sebaik sahaja staff hcbt menghantar freezer ini di tempat mereka. Alhmdulillah !

Terima kasih BSN diatas bantuan ini dan kepercayaan kepada HCF untuk menjalankan amanah ini.

Kami doakan semoga usaha ini dapat membantu memperkasakan mualaf terutamanya dari segi ekonomi mereka .

Teruskanlah usaha dakwah tidak kira dimana jua. Berdakwah adalah amalan kebaikan dan kebajikan yang diperintahkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang mengerjakannya, Allah tidak mengurangkan sedikit pun pahala daripadanya. Dan barang siapa yang menyeru kepada kesesatan maka dia akan berdosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya, Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dosa itu daripadanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

#SampaikanIslam
#HCF
#GeranBSN
#PerkasakanEkonomiMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top