Ziarah Mangsa kebakaran
10 Mac 2024 – Kg Dambai,Inanam
Bersama Yayasan IKRAM Malaysia dan IKRAM Kawasan Kota Kinabalu menziarahi dan menyalurkan bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran.
Difahamkan sebanyak 4 buah rumah yang terlibat musnah dijilat api. Kini ahli keluarga ditempatkan sementara di Dewan Kg Pomotodon.
Sama-sama kita doakan semoga semua ahli keluarga yang terlibat diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh ujian ini.