HIDAYAH CENTRE FOUNDATION TERUS GIAT MEMBANTU MUALAF.
Hidayah Centre Foundation Cawangan Beluran (HCBE)
Hari ini 28.12.2023, Hidayah Centre Foundation cawangan beluran telah mengambil pelajar tajaan yang bercuti untuk balik ke kampung masing-masing yang menuntut ilmu di Pondok Fii Dzilalil Quran, Kg Tamau Kota Belud Sabah.
Semoga pelajar tajaan ini dapat memanfaatkan masa cuti ini untuk berkongsi dan menyampaikan serba sedikit ilmu dan dakwah kepada ahli keluarga dan masyarakat.


Hidayah Centre Foundation Sabah juga berharap semoga lebih ramai lagi yang berminat untuk menuntut ilmu terutamanya dalam pengajian ilmu Islam khususnya kepada para mualaf..
Terima kasih kepada semua penyumbang kerana bersama-sama Hidayah Centre Foundation untuk meneruskan perjalanan dakwah menyampaikan Islam dan terus memperkasakan mualaf.
#mualaf
#saudarabaru
#reverts
#sampaikanislamperkasakanmualaf
#santunimualaf
#kelasbimbinganmualaf
#pendidikanmualaf