fbpx

Program Semarak Cinta Gaza Peringkat Daerah Kota Marudu

PROGRAM SEMARAK CINTA GAZA PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU TAHUN 2023.

HCKM | 26 November 2023 | Ahad

Alhamdulillah. Pada hari Ahad lepas telah berlangsung Program Semarak Cinta Gaza Peringkat Daerah Kota Marudu anjuran JAKIM Negeri Sabah dengan kerjasama agensi Islam serta rakan strategik NGO daerah Kota Marudu.

Program yang telah berlangsung di Dewan Bandau Kg Pekan Lama Kota Marudu dan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ustaz Norjeli Bin Haji Dais (Pengarah JAKIM Cawangan Sabah) mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Team HCF Kota Marudu yang melibatkan staf dan Rakan Hidayah (RH), bertugas sebagai urusetia PA Sistem & Teknikal serta turut membuka booth pameran HCF Kota Marudu pada hari tersebut.

Ucapan syabas dan tahniah kepada semua agensi dan rakan NGO strategik yang terlibat menjayakan program kerjasama ini. Semoga kita terus saling berkerjasama dalam aktiviti dakwah dan syiar Islam khususnya di daerah kita. bersama kita tingkatkan mutu kerjasama program pada masa hadapan.

Tahniah semua! kalian semua memang hebat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top