fbpx

Kelas Untuk Mualaf di Sabah

MEMPELAJARI ILMU MERUPAKAN SATU IBADAH

HCF Bundu Tuhan | 19 November 2023 (Ahad)

Alhamdulillah. Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) di Surau At-Taqwa Bundu Tuhan telah diadakan pada pagi ini. Topik pembelajaran adalah Iqra/Al Quran, Tajwid, asas-asas Fardhu Ain dan juga penyampaian tazkirah ringkas. Kelas tersebut dikendalikan oleh perantis SKM IPDAS Kudat.

Dalam firman Allah SWT surah Al-Mujadila ayat ke 11 yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.”

Marilah kita bersama-sama berusaha sedaya upaya membetulkan niat dan mengikhlaskan diri kita hanya kerana Allah SWT dalam melakukan sebarang amalan khususnya dalam bab menutut ilmu supaya pada akhirnya kita mampu memperoleh redha Allah SWT di dunia mahupun di akhirat.

#mualaf
#saudarabaru
#reverts
#sampaikanislamperkasakanmualaf
#santunimualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top