๐๐ข๐๐ซ๐๐ก ๐๐ฎ๐๐ฅ๐๐
Alhamdulillah pada 6 Julai yang lalu tim HCKK berpeluang menziarahi bapa kepada pelajar Intern HCKK yang sedang sakit dan turut menyalurkan sedikit sumbangan untuk keperluan beliau. Marilah kita sama-sama mendoakan kesembuhan untuk bapanya.
Ziarah dilanjutkan ke Tamparuli untuk bertemu dengan seorang lagi mualaf yang memerlukan bantuan untuk anaknya yang ingin melanjutkan pelajaran. Anak perempuanya baru sahaja tamat SPM dan ingin meneruskan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi namun berhadapan dengan kekangan kewangan. Sumbangan bakul makanan turut diberikan kepada keluarga ini.
Marilah sama-sama menyumbang dalam usaha memperkasakan golongan mualaf.
โSampaikan Islam, Perkasakan Mualafโ