Alhamdulillah selesai Majlis Tajaan Iftar Mualaf Hidayah Centre Foundation Cawangan Keningau bertempat dia Masjid Nik Man Kg. Biah Keningau. Sebanyak 6 kampung di sekitar Biah terlibat sama di dalam majlis ini dan lebih kurang 150 orang penduduk yang telah hadir di dalam majlis ini.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Hamdan Hassan selaku pengurus Masjid Nik Man kerana telah memberi keizinan untuk melaksanakan majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada YBhg Tuan Jerenius Pagut,Setiausaha Politik Kementerian Belia Dan Sukan Sabah sebagai wakil kepada YB Datuk Ellron Alfred Angin Menteri Belia Dan Sukan Sabah kerana telah merasmikan majlis Iftar ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ketua-ketua kampung dan pemimpin kampung dari 6 buah kampung yang telah memberikan kerjasama yang terbaik kepada HCF Keningau dalam menjayakan majlis ini.
Seterusnya, ucapan terima kasi kepada tim HCF kota Kinabalu yang diketuai oleh Pengurus HCF Sabah En. Zulazrie Dahim bin Dan yang telah datang memberikan bantuan kepada HCF Keningau.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Wakil Ikram Sabah wakil daripada YADIM Negeri Sabah Sook, wakil daripada KDMRS Muslim yang telah memberikan tazkirah sebelum berbuka puasa dan Rakan Hidayah Keningau yang turut hadir membantu persiapan majlis ini.
Pihak HCF keningau memohon kemaafan atas segala kekurangan sepanjang mengadakan majlis ini dan semoga kerjasama ini akan terus berkekalan untuk masa hadapan kelak.