fbpx

Program Qiamullail di Kg. Dambai Inanam

HCKK (30-31 DISEMBER 2022)

Pada 30 & 31 Disember 2022 yang lalu, program Qiamullail telah dilaksanakan di Kg. Dambai Inanam yang melibatkan semua pelajar Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) Kg.Dambai dan beberapa pelajar dari Kg. Kiapad, Inanam. Program sebegini merupakan aktiviti julung kali yang dilaksanakan untuk para mualaf di Kg. Dambai yang dibimbing oleh Ustaz Syafwan Jalal dari YADIM Negeri Sabah, dua Rakan Hidayah dan turut bersama wakil dari KDMRS Muslim iaitu Ustazah Farihah Izzati bersama dua pelajar praktikalnya.

Alhamdulillah ianya mendapat penyertaan yang baik daripada para pelajar KBM. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah tazkirah ringkas, tayangan video tentang apa itu qiam dan solat-solat sunat, soalan kuiz islamik, aktiviti tukar-tukar hadiah dan permainan sambut belon. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memberi memberi pendedahan kepada pelajar KBM tentang Qiamullail dan dalam masa yang sama merapatkan silahturrahim antara para pelajar.

Sambutan yang diberikan sangat baik dan program berjalan dengan lancar. Diharapkan program ini dapat memberi kesan yang baik dalam diri setiap pelajar.——-“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”

#hidayahcentrefoundation#hidayahcentrefoundationsabah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top