28/09/2022
Alhamdulillah HCP papar telah mendapat amanah untuk menziarahi keluarga nur muhammad uwais yang mana mengkhabarkan kepada kita tentang kemalangan adiknya Adrian.
Staff HCP bersama dengan rakan hidayah telah pergi ke tempat tersebut untuk menyantuni mereka.
Alhamdulillah juga, keluarga ini menerima baik kunjungan kami. moga dengan rezeki yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat meringankan kesusahan keluarga ini.
Insyaallah dalam kunjungan itu juga, kami mendapati bahawa ibu mereka juga sedang dalam keadaan yang tenat, yang mana ada pembengkakan air pada kakinya, dan juga ada sakit gout. Itu menyebabkan ibunya sukar untuk bergerak dan membuat kerja seharian.
Moga Allah memberi kesembuhan kepada ibunda mereka. aamiin