fbpx

Program Qurban For Mualaf HCF Melaka bersama Agensi Agama Kerajaan & NGO-NGO Dakwah Negeri Melaka

Alhamdulillah, telah selesai program Qurban for Mualaf 2022M/1443H dimana HCF Melaka merupakan antara penggerak utama. Sejumlah 16 ekor lembu (112 bahagian) & 1 ekor kambing telah dikorbankan.


Program dijalankan pada hari raya pertama & ketiga dengan pecahan seperti berikut:
Hari pertama (10 Zulhijjah 1443H)
1) Kompleks Mualaf Darul Huda (Balai Islam) MAIM : 3 ekor lembu & 1 ekor kambing
2) Masjid Al-Muhaimin, Bemban : 4 ekor lembu
3) Masjid Ar-Rasyidin, Pulai : 7 ekor lembu


Hari ketiga (13 Zulhijjah 1443M)
Program “Sinar Zulhijjah” bersama masyarakat Orang Asli di KOA Bukit Payung : 2 ekor lembu
Sebahagian peserta korban HCF Melaka juga terdiri dari para mualaf santunan HCF. Ini adalah usaha kami untuk membawa penghayatan sebenar erti korban kepada para mualaf. Kira-kira 410 pek daging telah diagihkan kepada mualaf di seluruh negeri Melaka.


HCF Melaka ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya Majlis Agama Islam Melaka, Jabatan Agama Islam Melaka & NGO yang bernaung di bawah Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) Melaka.
Semoga program ini menjadi pencetus kepada kerjasama yang lebih giat, membawa manfaat kepada penyampaian Islam & pemerkasaan mualaf insyaAllah.


#QurbanForMualaf 
#SedekadTerusBerkhidmat
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top