15/9/2022
Alhamdulillah baru-baru ini, HCKK telah berjaya menziarahi dan melawat projek surau Nurul Hidayah kampung Nantabakan Keningau. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui perkembangan terkini aktiviti surau yang sedang berjalan di Kampung Nantabakan.
Rombongan ketuai oleh Pengurus HCS Encik Zulazrie dan temani oleh 2 orang staf dari Kota Kinabalu. Terima kasih kepada Encik Matjudah (pengerusi surau) yang sudi menyantuni kami dari awal hingga akhir.
Tidak dilupakan juga kepada Yayasan Al-Buruj yang banyak membantu pergerakan dakwah kami di bumi Sabah. Semoga Allah sentiasa merahmati semua para penderma HCF.
Amin