fbpx

BANTUAN MAKANAN ASAS

14.8.2022,Ahad:
Pihak Hidayah Centre Foundation Bandar Tun Razak (HCFBTR) yang diwakili oleh Hj. Nazeli telah melaksanakan pengagihan bantuan makanan asas yang diterima daripada hasil sumbangan infak orang ramai kepada beberapa saudara baru dan asnaf yang memerlukan.

Salah seorang saudara baru santunan Hcfbtr iaitu Sis Hidayah telah menerima bantuan makanan asas beserta 2 kotak susu khas bagi mengurangkan sakit kencing manis yang sedang dihadapi. Beliau amat bersyukur dan berterima kasih di atas sumbangan yang diterima daripada pihak hcfbtr.

Ribuan terima kasih kepada Sis Lily (pelajar, AJK kebajikan dan Rakan Hidayah BTR) yang membantu dalam usaha pencarian dana dan penyediaan bantuan makanan asas untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh saudara baru di hcfbtr.

Semoga Allah SWT mengganjari anda semua dengan sebaik-baik ganjaran.. Aamiin

#SampaikanIslamPerkasakanMualaf
#RakanHidayahBandarTunRazak
#hcf.btr

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top