JUL-OGOS 2022 | ZULHIJJAH-MUHARRAM 1444H – Segala puji bagi Allah SWT yang telah mengurniakan rezeki buat hamba-hambaNya. HCF WPKL amat menggalakkan untuk mualaf-mualaf meningkatkan taraf hidup dengan usaha mereka sendiri. Inilah juga sebahagian daripada usaha #PerkasakanMualaf Hidayah Centre Foundation.
HCF WPKL bersama team HCF Wilayah Tengah telah mengagihkan zakat bantuan perniagaan SME Bank buat pengusaha-pengusaha perniagaan mualaf KL yg terpilih. Mualaf-mualaf ini amat berdedikasi tinggi dalam memajukan taraf ekonomi mereka sendiri dan bersaing dengan peniaga-peniaga lain.
Pelbagai jenis perusahaan daripada penjualan barang harian dan makanan telah diniagakan oleh mualaf-mualaf ini. Marilah bersama-sama kita membantu saudara seagama kita untuk menambah pendapatan mereka dengan membeli jualan mereka. Moga usaha kita dalam beramal diberkati oleh Allah SWT, in shaa Allah.
β’ Puan Hayati (Putu Mayam Utara): 0134162340
β’ Puan Nurmala Aniqah (Barangan harian): Gerai berhadapan Mak Pah Tom Yam, Chow Kit
β’ Puan Amisha (Kantin SK Jalan Ayer Panas)
β’ Puan Tay Mee Ling (Gerai barangan harian dan snek): CSBKL
β’ En. Radin Daniel (Instagram: danielbeeskut)
_______
Setiap ringgit yang anda sumbangkan melalui #HCFWPKL akan membantu usaha menyebarluaskan mesej universal Islam dan pemerkasaan mualaf.
Berikan sumbangan melalui:
Hidayah Centre Foundation KL
Maybank 5505 1085 0047
Bank Islam 1211 3010 0618 90