fbpx

Mosque Open Day (MOD) 2022 Negeri Pahang

Sabtu | 28 Ogos 2022?
Mosque Open Day (MOD) 2022 telah dianjurkan oleh Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) Negeri Pahang dengan kerjasama Masjid Tepian Putra, Kuantan. IKRAM Pahang merupakan salah satu NGO dalam gabungan ini dan berpeluang membantu menganjurkan program MOD 2022.
.
Alhamdulillah pelbagai aktiviti telah dianjurkan pada MOD 2022. Hadirin non-Muslim dapat memahami tentang asas-asas Islam, serta diperkenalkan kepada Al-Quran, falsafah azan, dan demonstrasi Solat. Kehadiran wakil-wakil dari rumah ibadat seperti Persatuan Soka Gakkai Pahang, Pahang Budhist Association, dan Gurdwara Sahib Kuantan telah memeriahkan lagi suasana pada program tersebut.
Hadirin telah dibekalkan dengan bahan-bahan bacaan yang mengandungi maklumat berkenaan Islam, malah pengunjung wanita turut mendapat tudung percuma.


.
Satu sesi perkongsian ilmu dan diskusi berkenaan Islam telah disampaikan oleh Dr Ahmad Irfan Bin Ikmal Hisyam dari Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang. Pengunjung yang hadir memaklumkan bahawa program seperti ini mampu menjadi jambatan kepada keharmonian antara penganut agama yang berbeza di Malaysia. MOD juga telah berjaya memperbetulkan salah faham berkenaan Islam.
.
MOD 2022 turut diserikan dengan kehadiran Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang) dan Sahibus Samahah Dato’ Sri Dr. Haji. Abdul Rahman Osman (Mufti Negeri Pahang).
.
Bersempena dengan bulan Kebangsaan, program seperti ini mampu memupuk semangat keharmonian antara rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Semoga MOD 2022 dapat menjadi contoh untuk lebih banyak penganjuran program seperti ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top