fbpx

HCS : MASJID OPEN DAY UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2022

Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah telah berjaya mengadakan Program Masjid Open Day (MOD) bertempat di Masjisd Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah,YADIM Sabah,IKRAM Sabah,MACMA Sabah,KDMRS Muslim,Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Sabah dan pertubuhan SAHABAT.

Masjid Open Day merupakan program yang mengajak semua masyarakat pelbagai agama dan bangsa untuk bersama bagi merasakan sendiri suasana berada di Masjid dan mengenal fungsi Masjid itu sendiri. Info-info tentang Islam juga turut dikongsikan kepada tetamu yang hadir.

Sekalung penghargaan kepada wakil dari pelbagai agama dan kaum yang turut hadir bagi memeriahkan lagi suasana program. Semoga dengan program seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pelbagai kaum dan agama.

Jutaan ucapan terima kasih kepada Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah, rakan NGO dan semua AJK yang terlibat daalam menjayakan program ini.

#MosqueOpenDay
#HidayahCentreFoundationSabah
#walauberbezateguhbersama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top