fbpx

Program Kupasan Buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”

Sabtu, 6/8/2022: Alhamdulillah program kupasan buku yang bertajuk “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” telah terlaksana dengan jayanya. Program telah dihadiri oleh hampir 50 orang peserta. Bilangan ini termasuk pelajar hcfbtr (baru & lama), non-muslim, sukarelawan juga rakan hidayah. Terdapat juga saudara baru yang membawa ahli keluarga yang belum islam dan rakan-rakan ke sesi tersebut.

Penceramah, Ustaz Alias Othman telah memberi kupasan yang mudah difahami dalam topik aqidah dan ibadah kepada peserta yang datang ke sesi tersebut. Kesemua peserta amat berpuashati dan menghargai ilmu yang dikongsikan. InsyaaAllah sesi sambungan seterusnya jika diizinkanNya, akan diadakan di kemudian hari.

Semoga sesi tersebut dapat memberi manfaat kepada setiap peserta yang hadir.

#RakanHidayahBandarTunRazak
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top