29/7/2022,Tamparuli
“Ibubapa mertua saya hanya bekerja sendiri dengan menoreh getah. EJ anak keempat dalam keluarga dan yang pertama dapat melanjutkan pengajian ke universiti. Kami sedang usahakan untuk mengumpul dana namun masih kekurangan. Tapi kami sangat gembira dan berharap dia dapat masuk ke universiti”-Kakak Ipar EJ
Team HCF Kota Kinabalu telah menyantuni adik EJ dan keluarganya di kediaman mereka.
Adik EJ telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke UITM Kota Kinabalu namun tidak berkemampuan untuk membayar yuran dan membeli barang keperluan belajar kerana keluarga kurang berkemampuan.
2 orang abang dan kakak EJ adalah mualaf. Namun abang sulung dan kakaknya telah berkeluarga sendiri dan kehidupan mereka biasa-biasa saja.
Abang ke-2 EJ juga seorang mualaf yang sepatutnya kami hantar ke IDIP,Kelantan pada jun lepas namun setelah EJ mendapat tawaran belajar ini maka abangnya telah melepaskan peluang beliau untuk memberi laluan kepada pendidikan adiknya
Walaupun berlainan agama, in sya Allah kita usahakan untuk bantu adik ini agar dapat mengejar cita-citanya.
#mualaf
#saudarabaru
#pendidikanmualaf
#sampaikanislamperkasakanmualaf