Brother Zaqwan membantu mengurus dokumen pendaftaran mualaf yang berada di Sandakan. Walaupun perjalanan mengambil masa 4 jam dari Paitan ke Sandakan. Namun demi tanggungjawab dan mualaf tercinta, jarak bukan masalah.
Alang-alang sudah sampai ke Sandakan. Tim kami membantu membawa motor baru dibeli oleh mualaf untuk dibawa balik menggunakan kenderaan wakaf, Al Buruj 1. Alhamdulillah, terima kasih penyumbang. Dengan adanya kenderaan wakaf ini ramai yang telah kita santuni dan ringankan beban.