fbpx

????? ??????? ???? ??????? ???? ??????? ??? ?????? ??????? ???-??????

23 APRIL | 21 RAMADAN 1443 H (SABTU) – Ramadan membuka rahmat yang besar bagi sekalian manusia. Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, Rakan Hidayah Batu bersama-sama ahli keluarga, kenalan dan jiran mereka telah mengambil inisiatif kreatif untuk mengadakan edaran Ramadan Kit (kurma, air kotak & poster Ramadan) kepada non-Muslim.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada non-Muslim berkenaan puasa dan Islam. Ini juga merupakan salah satu usaha untuk mengeratkan silaturrahim dengan mereka.

Sebanyak 136 pek Ramadan Kit yang telah diberikan kepada non-muslim di sekitar kawasan PPR Batu Muda, Seri Perak, Wahyu dan Sentul Utama. Untuk maklumat semua, pelbagai kelompok non-Muslim yang telah disantuni dalam program ini. Mereka terdiri daripada jiran tetangga, kenalan ahli keluarga dan sahabat, individu di kawasan tempat kerja malah pelanggan yang berkunjung di gerai jualan salah seorang Rakan Hidayah Batu.

Sememangnya, ini merupakan satu inisiatif yang baik oleh Rakan Hidayah Batu yang telah sama melibatkan kenalan mereka dalam usaha harmoni di lokaliti mereka. Semoga dengan usaha ini, lebih ramai non-Muslim yang terbuka hati mengenali Islam. Tahniah diucapkan. Semoga Allah merahmati segala usaha yang telah dilakukan.

#HidayahCentreFoundationWPKL
#RakanHidayahBatu
#HidayahHarmoniOutreach
#SampaikanIslamPerkasakanMualaf

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top