fbpx

Mualaf Tetap Menuntut Ilmu Dikala Berpuasa

3 April 2022 Ahad,

Alhamdulillah, seluruh umat Islam di Malaysia sudah mula menjalani ibadah puasa di Ramadhan pada tahun ini. Kehadiran bulan Ramadhan Al Mubarak bagi tahun 2022 Masihi bersamaan 1443 Hijrah pastinya akan mengubati kerinduan orang-orang mukmin yang merindui Ramadhan.

Dalam kita menyambut Ramadhan, Kelas Bimbingan Saudara Baru (KBSB) Daerah Bau diteruskan seperti biasa pada minggu ini. Alhamdulillah peningkatan demi peningkatan yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam bacaan Iqra dan juga dalam ilmu kefahaman Islam. Semoga semua pelajar dan tenaga pengajar dapat beristiqomah dan bersemangat untuk menerima dan menyampaikan ilmu.

Disamping itu Tim RH Kuching-Samarahan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran, semoga kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan moga bertakwa. Semoga dapat kita menjalani ibadah dengan penuh keikhlasan, diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Aamiin.

Sekiranya ada saudara baru yang berminat menyertai Kelas Bimbingan Saudara Baru (KBSB) bolehlah menghubungi di talian seperti di bawah untuk sebarang pertanyaan. Kami daripada Tim RH Kuching -Samarahan berharap akan lebih ramai lagi dapat bersama kami dalam misi #SampaikanIslamMemperkasaMualaf.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top