fbpx

Hari Iqra HCF WPKL Disambut Meriah

3 Mac 2022 – Sambutan Hari Iqra HCF WPKL telah diadakan dengan meriah dan jayanya pada hari Khamis yang lepas melibatkan sukarelawan Rakan Hidayah dan mualaf santunan Hidayah Centre Foundation (HCF).

Seramai 91 orang telah hadir dalam acara yang telah diadakan secara atas talian ini.Terdahulu, program ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen sukarelawan tenaga pengajar dan para pelajar Kelas Iqra HCF WPKL bermula sejak pertengahan tahun 2021 yang lalu.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah tausihat tentang “Kepentingan al-Quran” oleh Ustaz Syaari Ab. Rahman, tayangan montaj penghargaan kepada Tenaga Pengajar Kelas IQRA HCF WPKL dan sesi cabutan bertuah.Kesemua tenaga pengajar Kelas Iqra HCF WPKL telah diberikan e-sijil atas perkhidmatan sukarelawan mereka yang penuh dedikasi dan komitmen.

Semoga semangat kesukarelawan tenaga pengajar dan para pelajar mualaf untuk menyampaikan ilmu al-Quran dan mempelajari asas pembelajaran al-Quran akan terus segar.

Sekiranya anda berminat menyumbang bakti sebagai tenaga pengajar Kelas IQRA HCF WPKL, bolehlah mengisi maklumat anda di pautan ini: bit.ly/SukarelawanIqraHCF

Sekiranya anda seorang mualaf atau non-muslim yang berminat untuk mempelajari asas bacaan al-Quran secara atas talian, sila daftarkan di sini:https://bit.ly/PelajarIqraHCF

#HidayahCentreFoundationWPKL
#HariIqraHCFWPKL

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top