Pada 25 Januari 2022 telah berlangsung satu program iaitu Program Taaruf Mualaf yang bertempat di Hidayah Centre Foundation Kedah . Program ini diadakan bertujuan mengumpulkan Mualaf untuk mengenali antara satu sama lain serta memberitahu perjalanan kelas Pengajian Mualaf yang akan diadakan tidak lama lagi.
Turut Hadir sama wakil dr Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) Dan wakil dari Persatuan Cina Muslim Kedah (MACMA) dalam program yang diakan ini. Selain Itu turut disertakan seramai 25 orang menerima bantuan pek barangan makanan asas hasil sumbangan dari I-bantu Yayasan Ikram Kedah.