22/1/2022- Ziarah cafe dan bilik pembuatan bun dan kek milik seorang mualaf iaitu Puan Bernedette Austin di Kg.Kitobu, Inanam.
Puan Bernedette mengusahakan cafe ini bersama suaminya. Cafe ini menyediakan masakan melayu dan cina, selain itu mereka juga membuat pelbagai jenis bun dan menerima tempahan kek serta katering.
Puan Bernedette dan suaminya dalam usaha untuk membina sebuah bengkel khas pembuatan bun dan kek kerana kini hanya menggunakan sebuah bilik kecil di rumah mereka.
Kami berkesempatan melawat tapak yang mereka ingin membina bengkel tersebut. In sya Allah semoga usaha ini dipermudahkan dan memberi manfaat kepada ramai golongan.
Ayuh kita bantu merealisasikan impian mualaf ini!
Jom ! teruskan menyumbang kepada Hidayah Centre Foundation Cawangan Sabah :
Nama Akaun : The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered
No Akaun : 5505 1085 0017 ( Maybank )
Hotline HCF Sabah : https://wa.me/+60165366100
“Sampaikan Islam, Perkasakan Mualaf”